30 November 2016 - 16:18
Kenyataan Erdogan Tentang Matlamat Jatuhkan Assad Bukti Tindakan Ankara Di Syria Adalah Sebuah Pencerobohan.

Kenyataan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkenaan harapan beliau untuk menjatuhkan kepimpinan Bashar Assad di Syria membuktikan kebenaran dakwaan Damsyik sebelum ini berkaitan matlamat utama pencerobohan Turki ke atas kedaulatannya. Perkara ini dinyatakan oleh pihak Kementerian Luar Syria pada hari Rabu semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kenyataan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkenaan harapan beliau untuk menjatuhkan kepimpinan Bashar Assad di Syria membuktikan kebenaran dakwaan Damsyik sebelum ini berkaitan matlamat utama pencerobohan Turki ke atas kedaulatannya. Perkara ini dinyatakan oleh pihak Kementerian Luar Syria pada hari Rabu semalam.

Erdogan pada hari Selasa lepas di sebuah simposium yang berlangsung di Istanbul berkata bahawa kempen negara itu di Syria adalah bertujuan untuk menjatuhkan pemerintahan Assad di negara tersebut.

Perkara ini dilihat oleh pelbagai pihak seperti Moscow dan Damsyik sebagai sebuah permasalahan yang serius memandangkan Turki sebelum ini selalu menggunakan isu perang ke atas keganasan sebagai alasan untuk campur tangan di dalam urusan negara jirannya itu termasuk menghantar tentera ke bandar Jarablus yang terletak di dalam wilayah pemerintahan Damsyik.

"Kenyataan Erdogan tentang matlamat pencerobohan Turki ke atas Syria menamatkan pembohongannya selama ini sekaligus membongkarkan (kepada dunia) bahawa pencerobohan Turki adalah hasil daripada cita-cita dan khayalan (mereka semata-mata)," kata kementerian tersebut kepada RIA Novosti.